anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 30 May 2013

Jahilnya aku

Assalamualaikum :)


Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna . Tapi setiap masa dan hari hari yang aku lalui , aku tak berhenti berdoa pada Allah supaya aku diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup aku dengan keadaan diri sentiasa bersedia. Aku dicipta bukanlah untuk berterusan membuat dosa tanpa batasan , tapi aku dicipta untuk sentiasa beribadat kepada tuhan yang satu , ALLAH S.W.T . Tapi aku hanyalah manusia biasa , dosa tu tak pernah lari dari diri aku. Sentiasa alpa dengan duniawi. Aku bukanlah hamba Allah yang sempurna. Tapi setiap masa aku berdoa supaya aku di beri lindungan dari melakukan dosa. 

Ketika dulu aku sangatlah jahil . Tak pernah sedar yang dosa dah terlalu banyak menimpa aku. Tapi aku masih tak takut untuk teruskan dengan membuang masa aku dengan benda yang sia sia.  MashaAllah , Allah saja tahu betapa teruknya aku ketika tu. Mungkin aku tak matang lagi . Mungkin aku tak diberikan didikan agama yang kuat . Tapi aku tak pernah salahkan kedua ibu abah aku . Mereka dah sedaya upaya hantarkan aku ke sekolah agama, hantar aku mengaji . Tapi mungkin benda tu semua belum cukup untuk aku tahu mana yang baik atau buruk. Sekarang umur aku sudah hampir mencecah 19 tahun. Sedikit demi sedikit aku sedar bahawa hidup ni bukanlah seperti apa yang aku bayangkan. Dunia bukan syurga lagi. Dunia hanya sementara. Banyak benda yang aku belum tahu pasal syurga dan neraka. Macam mana aku boleh berubah ? sangat panjang cerita dia . Bismillah ..

Sebenarnya aku ni seorang yang jenis suka memerhatikan orang . Mungkin sebab itu juga aku sering terikut ikut dengan perangai bukan bukan . Masa aku berumur tingkatan 1 2 dan 3 , aku tak pernah ada kawan perempuan melainkan wawa. Bukan takde langsung, ada tu ada la , tapi tak serapat mcm aku berkawan dengan lelaki. Masa tu aku benci sangat nak berkawan dengan perempuan. Sebab ape? sebab tahulah kan perangai perempuan ni mcm mana ? suka menggedik, suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang. Macam aku ni , aku mmg jenis kasar . Mmg suka bergaul dengan budak lelaki. Lepak pun dengan lelaki . Dulu aku suka keluar rumah waktu malam senyap senyap. Suka curi duit mak ayah aku . Suka bergaduh dengan org. ponteng sekolah, em dalam seminggu tu ada la 2 hari je aku datang sekolah. Cara pemakaian aku pun kurang sopan. mendedah aurat aku pada lelaki dengan selamber nye. Ya, itu lah aku ketika dulu . Banyak benda jahat aku buat sampai orang orang kat rumah lama aku semua pandang serong kat aku. Bukan aku saje, tapi mak ayah aku pun terkena tempias skali. Dan mungkin sebab itu jugaklah mak ayah aku ambik keputusan untuk pindah dari tempat tu . Sebab tu lah aku duduk cheras ni haa. Bukan tu je sebab aku berpindah. Ada jugak sebab lain, sebab untuk aku jauh dari seorang lelaki ni. Mungkin sbb dia lah aku teruk mcm tu .

Masa aku tingkatan 4 dan 5, aku totally berubah jadi pendiam. Aku masuk sekolah baru dengan wajah muka aku yang blur . Sebab tu la ramai tak nak kawan aku . Sampailah satu masa aku kenal dengan Dana , Siraj dgn Shena. Pada aku diorang lah kawan perempuan aku yang aku boleh terima. Aku perhatikan sikap dorang seorang yang gila gila. Mungkin sebab tu lah aku selesa berkawan dgn diorang . Lepastu aku kawan dengan ani mazliya. mgkin dia ni bff aku . kawan rapat aku yg selalu teman aku pergi mana mana je. Start dari situ lah aku berubah jadi lebih baik. Alhamdulillah. Tapi aku belum lagi terfikir nak tutup aurat masa tu. Aku mula belajar menerima kawan perempuan sampailah aku biasa . 

Aku mula menutup aurat masa aku start masuk kolej . Sem yang kedua aku ada terbaca kisah nabi . Aku mula minat untuk mengetahui sikit demi sikit tentang agama . Ada satu cerita , tentang nabi apa aku tak pasti, Ishak aku rasa, yang dia diuji pelbagai dugaan oleh Allah , diganggu syaitan, tapi dia masih tetap bersujud pada Allah . Panjang cerita dia, aku tersentuh sangat. Air mata aku pun mula la jatuh . Ya Allah , masa tu baru la aku sedar, apa yang aku dah buat selama ni? Kenapa jahat sangat aku ? Mungkin Allah dah buka hati aku untuk berubah . Ya masa tu lah aku mula pakai tudung. Tapi belum cukup sempurna lagi aku ni. Biasalah , solat tu kadang kadang tinggal . Aku tak tahu lah kenapa, mungkin syaitan kan ? sikit sikit . InsyaAllah aku akan cuba lagi jadi lebih baik . 

ok lah . ini jela yang dapat aku cerita . Terimalah kekurangan aku . Kelebihan tu semua datang dari Allah . Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menikmati dunia ni dan beribadat secukupnya . Sentiasa senyum sbb itu satu sedekah , bye. Assalamualaikum

Wednesday 29 May 2013

For you. For them. For me. For all.

Bismillah..
Assalamualaikum..

Apa apa pun saya nak ucapkan apa khabar semua kawan kawan ? Yelah, lama jugaklah tak update pape kat blog ni. eh lama betul rasanya. Tangan ni pun sebenarnya dah menggigil gigil nak cerita macam macam. *tiup habuk

Alhamdulillah , sekarang tengah final untuk semesta dua.. lusa paper killer punya. Microeconomics. Ya . Haha ini tak lawak k. Tu lah sebok memanjang kat kolej tu. Mana ada masa aku nak bukak bukak blog ni. Meh la nak dengar cite ceq . Nak cerita pasai ape yg jadik petang tadi .

Ehem ehem. Sedang saya sibuk memasak didapur bersama kawan saya, tetiba saya dapat satu panggilan telefon dari IPD Kajang . Masa mula mula aku dengar dia cakap dia dari IPD Kajang, aku punya la ingat aku ada buat kes ke hape ke, rupa rupanya aku dapat tawaran masuk konstebel polis. Dan pada masa tu aku punya perasaan bercampur baur. Bercampur mcm mana? Campur sedih campur gembira. Ahh confuse kau tahu. Nak ke tak? Lepastu aku terus call mak aku dan sampaikan berita ni. Ape reaksi mak aku? ape lagi ? Gembira kemain. Sebab dia la aku apply polis ni . Katanya ini la masanya aku berdikari . Nanti ada kerja tetap boleh beli ape aku nak la itu la ini la. okay, aku faham. Aku pun bagi la tahu afeeqa kawan aku, dia cakap okayylaa tu dapat polis. Lepastu dia cakap habis mcm mana dengan belajar aku? Hm itulah masalahnya. Rasa sia sia jugaklah aku belajar selama ni kalau aku berhenti mcm tu je. Eh jap jap. Chillex la dulu yana . kau baru dapat tawaran, bukan kau tahu layak lagi ke belum. Hahaha over kau nyah. Aku kena pergi IPD kajang untuk latihan fizikal . Hmm .

Rupa rupanya, naeim dah tahu dulu dari aku. Dia dah tahu yg aku dapat polis. How dare u naeim tak ckp pape kat i, u diam je kan ? mcm mana dia tahu dulu? masa aku apply tu , dlm borang tu aku taip no lama aku yg naeim pakai skrg, so sbb tu la dia tahu dulu. Alooo bie ni. haihhhh.  Cara dia aku tengok mcm tak redha je aku masuk polis, tp dia kata dia okay je. Asalkan aku happy. Tapi tadi jumpa dia, hati aku sayu je tengok dia. Rasa mcm tak sanggup ahhhhh >_< sumpah !! eee tak sanggup nak jauh dari bie :'( Petang td pun rasa sedih je semacam. Pastu dia ada cakap, "nanti kalau bie cuti kerja, mesti rindu, sbb dah terbiasa jumpa bby kalau ada masa free" rileks bie. I baru nak g latihan fizikal dooo . haha

Entah kenapa aku rasa nak berubah . Rasa nak jaga dia baik baik. Nak happykan dia. Nak habiskan masa dengan dia. Nak tatap muka dia hari hari. Tak nak bergaduh dah :'( TAK NAK !! Nak buat dia gelak je. hm. Tolongla yana kau jangan cepat marah marah. 

Ohh btw, Today dah 11 month for our anniversary kan bie? nak belanja mcd kan ? sbb you lupa tadi kan ? okay ... I tunggu . hehe :D So itu jelah . Nanti kalau ade pape lagi sy cerita kat sini ok . byeeeeeeee ! 

Saturday 29 December 2012

6 month

Assalamualaikum . Hai :)

Now aku tengah dengar lagu begin again by Taylor Swift . Just love this song :')
Actually , I really miss my boy . Tomorrow , six month already . Can't wait for the wish . Hmm , masing2 sibuk dengan hal sendiri . Sampai mesej pun tak sempat . Call pun bila midnight time dua dua tengah penat . Semalam overnight dengan dia . Boleh pulak bergaduh terjerit jerit . Ya Allah . Sampai bila nak mcm i ? 

sebelum nak keluar overnight tu , aku tergelincir sampai retak tulang lutut -.- sakit . Tapi boleh lagi aku pegi jumpa dia . sakit ape semua aku dah tak fikir . Hari ni baru rasa macam nak jerit satu rumah sbb kebas dah habis . ishhh dugaan . Baru je baik lebam eksiden hari tu . Ni lebam lagi . ape la nak jadi .

Tak tahu la nak buat ape kat rumah i . Rasa mcm nak mati bosan dia . Dengan motor dia yang rosak tak boleh nak dtg cheras jumpa aku . Sepatutnya dia bawak aku g main ice skating esok . Tapi mcm mcm halangan datang . May be lai kali kot . Sabar jela yana . 

waiting the call from naeim :)

Saturday 15 December 2012

result

Assalamualaikum .
how's your day ? everything was fun ? ape pun jawapan anda semua , saya kat sini diselaputi dengan kesedihan . Mesti korang nak tahu pasal ape aku sedih sgt ni kan ? kan ? kan ? *krik krik krik* okay -.- mana ada sape kesah kan ?

Ape pun aku tetap nak cerita . Tak nak baca boleh tekan butang x di atas tu lah ok . *krik krik* Semalam punye semalam punye semalam , aku check result aku . Hm dan korang nak tahu ape ? subjek lain dengan bangganya aku lulus . Alhamdulillah . Lepas nampak math je , aku rasa sentap sesentap babi tecekik tulang ikan . Selama usaha aku kat KPTM and siang malam aku bersengkang mata buat segala assignment , homework , ape kejadah lagi , everything aku buat and akhirnya ni yang aku dapat ? T_T I've got E ! Like seriously ? aku kecewa gila . Dari kecik sampai lah kebesar , aku mmg lembap bab math . Hantar lah 78 orang cikgu math yg profesional tahap dunia pun , aku tetap tak dapat tangkap . Betul ! Aku tak tipu yang aku mmg lemah math . 

Yang penting , aku just boleh tangkap time aku belajar tu je . Bila aku nak buat latihan balik , otak aku mula lemah . Ish . Aku kekadang give up kot . hm :'( Sem 2 aku kena repeat paper math pulak . Ya Allah , ringanlah beban hambamu ini . 

Seberat berat masalah aku i , ade yang lagi berat dari aku . Bersyukur lah yana . Ok , byebye . 

Tuesday 4 December 2012

Nothing important than you :')

Assalamualaikum :)

Me and my boyfiee spend all time together everyday . Why aku rasa macam sekejap ? even setiap hari dengan dia je ? hahaha . Nak tahu tak kenapa aku rasa mcm tu ? Sebab dia sweet sgt . ntah lah . Aku tak tahu nak cakap mcm mana lagi . Dia sangat sangat baik dengan aku . Sampai aku rasa aku ni mcm tak layak untuk dia . Dia layan aku mcm mana semua perempuan kat dunia ni impikan . Yeahh , aku beruntung dapat lelaki mcm dia . Kiteorang jarang bergaduh . gaduh gaduh manja tu ada lah . Bila ada masalah je , mesti kiteorang selesaikan dgn cara baik . Dia tak pernah tengking aku . Aku je yang banyak kali melenting dgn dia . Dia layan aku baik sgt . Bukan nak menunjuk , tapi aku rasa aku tak mampu nak simpan kegembiraan ni sorang sorang . Dia perfect :'D Sangat PERFECT ! Aku happy sangat dengan dia . Tak pernah ada lelaki yang layan aku sebaik dia . Dia pandai ambik hati aku . Pandai buat lawak . Pandai buat aku sedih . romantik . sweet moment bila dia kiss dahi aku . Aku rasa mcm aku di protect oleh seorang guard yang kuat ! hahaha gitu ~ Dia jaga aku dengan baik . cuma sifat dia satu je aku tak suka . DEGIL ! 

kebelakangan ni , aku selalu dapat masalah .Setiap kali aku dilanda masalah , naeim yang tolong redakan aku . Walaupun dia yang jadi mangsa kemarahan aku . Tapi dia sabar , and dia cakap dia dah faham sgt dgn perangai aku . Ish , kau ni baik sgt lah . Dia just orang biasa . Kalau korang tengok dia pun mesti korang pk mcm budak tak terurus . haha . maksud aku , cara dia hidup . Memang dia bekerja . kerja bawahan maksu dia kat satu company ni . Tapi , dia ada mcm mcm prob dengan maksu dia . Act , aku kesian sgt oh kat dia . Mcm org merempat pun ada . Duduk kat rumah maksu dia kat seri kembangan , tapi tmpat tidur kat atas sofa tanpa bantal . Ni ape yang aku dengar dari mulut dia lah . Tapi dia tetap sabar and terima semua ni dgn terbuka . Dia tahu and sedar dia bukan lah sape sape dalam family tu yg kena dilayan mcm anak raja . Dia diamkan je . Semua ni dia luahkan dekat aku . yela , sape lagi dia nak cerita . I know you're strong . Sabar . One more thing , jgn pernah melawan cakap mama and abah you . Diaorang sangat penting dalam hidup you , and u akan sedar bila u hilang diorang . So hargai diorang sekarang sementara diorang masih ada . 

I tahu , mama and abah you sayangkan you sgt sgt . I dah masak dengan mak ayah mcm tu . sebab ibu dengan abah i pun jaga i mcm i ni budak kecik  . Sebab , diorang nak kita jadi yang terbaik . Diorang tak nak kita hanyut dengan dunia . mak ayah kita sanggup berkorban apa saja demi kita . Cuma kita yang buat buat buta . Tak pernah nampak pengorbanan diorang . So , i tak nak you terusan hancurkan hati mama and abah u . cukup lah apa yang kita buat selama ni dengan mak ayah kita . Sampai bila kan ? Sekejam mana pun mak bapak kita , diorang tetap darah daging kita . Manusia yang melahirkan kita . I memang tak bertudung , social life , tak kuat agama . but tolong dengar nasihat i . Sebab nabi pernah sebut , dengarlah nasihat dari sesiapa pun walaupun dia seorang pelacur . 

I sayangkan you mcm I sygkan diri dan nyawa i sendiri . I sygkan family i and family you :') I hope you will be the last for me . Doakan supaya kita disatukan dengan ikatan yang halal . secepat mungkin ? hihi :'D I tahu , i tak payah sebut benda ni pun , u tahu yang i cintakan NAEIM SHAUQI :) Sikit sikit kita ubah diri kita k ? InsyaAllah :')

LOTS OF LOVE
NUR ALIFAH ILYANA

Wednesday 7 November 2012

I'm in Love with you


I made this video specially for Naeim Shauqi . It's just for fun . So hope you guys enjoy it :)

Wednesday 3 October 2012

Assalamualaikum semua :) 
Dah masuk 3 bulan aku bersama Muhammad Naeim Shauqi :)

Tak semua dapat aku gambarkan yang sebenarnya aku tersangatlah happy bersama dia :') Setiap saat , hati aku tak pernah lepas fikirkan dia . Kalau nak tahu , aku banyak senyum sorang sorang mcm kena sawan babi . Haa kritikal kan tahap cinta aku ni ? Tapi takpe , aku still boleh fokus dalam kelas . 

Bergaduh tu memang lah ada . Tipu la kan kalau hari hari happy . Salah faham antara aku dengan dia memang selalu ada . Just kiteorang tak take serius benda mcm tu . Kalau boleh , cepat cepat nak settle . Dia memang tak suka bergaduh lama lama . bagus gila kau ni jendul . hahaha . Tapi aku saja je nak gaduh lama lama sebab nak tengok kau pujuk aku ke tak . 

Makin lama aku dengan dia , sayang and cinta aku pada dia sangatlah mendalam . Kalau boleh , setiap hari aku nak dia depan mata aku . Serius kau memang betul betul buat aku rasa rindu kat kau tetiap hari . But aku kena kuat . Kena biasakan diri berjauhan dengan dia sementara waktu aku tgah belajar ni . Dia pun kerja . Memang masa sangatlah terhad untuk jumpa . Tambah tambah lagi final dah nak dekat . Lagi 2 minggu -.- Then baru aku boleh enjoy sambil tunggu masuk ke sem 2 :) 

Setiap masa aku berdoa pada Allah supaya panjangkan jodoh aku dengan dia . InsyaAllah , he will be my future husband . I nak sangat you nikahi i :') I nak hidup dengan you sampai hembusan nafas i yang terakhir . I janji dengan you , yang i akan jaga you macam you jaga i :') I tak nak orang lain dah . I nak you je . Everything yang kita lalui susah senang bersama , sentiasa ada dalam ingatan i . I tak kan sia siakan hubungan kita . I mintak pada Tuhan supaya jaga you bila i berjauhan dari you . I nak you sentiasa sihat , ceria and takde sedih sedih . 

Sayang ... I nak you tahu , yang i betul betul cintakan you ... Takde siapa boleh ganti tempat you dalam hati i . Kecuali Allah s.w.t :') If i dah takde dalam dunia ni untuk you , please take care yourself . I tak nak you sia siakan hidup you . Usahakan segalanya supaya hidup you berjaya macam yang lain . I tahu you kuat . I tahu you boleh success dalam hidup . Peduli apa kata orang lain kat you . I nak you yakin pada diri you . 

Bila you mampu , i akan tunggu you lamar i and jadikan i wife yang setia kat sisi you foreverrrrrr ! Nampak tak i dah tak sabar nak hidup dengan you sayang ? hehehe . Please , be mine forever ? :')

That's all for today :) Hope all my day will be fun with him :) InsyaAllah . I LOVE YOU NAEIM SHAUQI <3 <3 <3