Assalamualaikum dan selamat petang :')
Sentap kan tajuk saya ? yah , saya disini ingin memberitahu bahawa ibu bapa itu adalah paling berharga di dalam dunia .
Tadi ayah aku baru dapat call dari mak long aku I mean mak sedara aku lah . Mak sedara aku cakap anak die dah hilang dah 10 hari . Aku kat depan bapak aku ni dah suspen anak die kene colek ke ? kene bawak lari ke ape ke ? Rupanya macam ni cerita dia , Si anak ni cakap nak kerja dekat sogo , yang si ibu pun cakap lah tak payah la , jauh sangat tu , kerja dekat Jusco sini sudah lah , mak boleh pegi hantar and ambik . Si anak memberontak tak nak kerja dekat jusco tu and nak jugak kerja dekat sogo . Si ibu pun cakap la , awak tu Perempuan . Kene la jaga diri tu , kalau bukan mak ni yang jaga sape lagi ? Tapi si anak tetap dengan pendirian dia . Kesian dekat mak dia . Suatu hari si anak ni bawalah adik adik dia turun beli aiskrim , lepas tu si anak ni terus tak balik sampai ke hari ni tak tahu kemana dan tinggalkan adik adiknya balik sendiri . Hmm .
Dulu aku pun macam tu , bila mak bapak aku marah aku , aku akan keluar rumah , tapi hanya untuk tenangkan fikiran . Tak jauh pun . g kedai makan dekat dekat sini je . Cukup time aku balik lah . Sebab aku tak boleh nak benci mak ayah aku .Aku tetap nak diorang ade kat sisi aku . Jangan tipu aku la kalau korang tak sama macam aku . Kene marah atau bergaduh dengan family mesti keluar rumah untuk tenangkan fikiran kan ? Tapi jangan lah sampai susahkan hati mak bapak awak ok . Saya tahu saya pun tak sempurna , tapi saya tak pernah buat dorang kecewa . Saya tetap belajar bersungguh sungguh untuk buktikan kat ibu and abah saya yang saya boleh berjaya <3
Thanks for everything mom and dad . I love you :')