anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 18 February 2012

Soalan² sengal yang kadang² buat orang bengang.
1) BILA ORANG NAMPAK KAU BARING TUTUP MATA ;
S : Kau tidur ke?
J : Tak lah , aku tengah training macam mane nak mati nanti.
2) KAU BAWAK TV YANG ROSAK JUMPA TECHNICIAN UNTUK
DIREPAIR ;
S : Ye? Nak repair tv ke?
J : Tak lah , aku bosan! Saje laa aku bawak tv ni jalan².
3) TIME KAU BARU BANGUN TIDO ;
S : Kau dah bangun?
J : Ish tak laa , aku tengah tido sambil jalan laa bodo.
4) KAWAN KAU CALL PHONE UMAH KAU ;
S : Weyh mane kau sekarang?
J : Sini , kat bus stop !
5) ORANG NAMPAK KAU KUAR DARI BILIK MANDI BASAH²
SAMBIL PAKAI TOWEL ;
S : Kau baru mandi ke?
J : Mana ade , aku jatuh dalam lubang jamban tadi !
6) PUKUL 7 MALAM , KAU BUKAK PINTU UMAH , BARU BALIK
DARI KEJE ;
S : Hai , baru balik keje ke?
J : Tak lahh , baru nak pegi nih !
7) KAU KAT DALAM TOILET , PINTU BERKUNCI , ADA ORANG
KETUK PINTU ;
S : Ada orang tak?
J : *suara kiut* Mane ade orang. Taik yang tengah bercakap
ni

Sunday, 12 February 2012

Percutian yang paling BEST !

 Assalamualaikum . maaf dah lama tak update blog aku yang agak bosan ni . Macam la ada org baca blog aku ni . HAHAHA :D Sebenarnya aku baru balik dari Sabah , kota kinabalu . Kami sekeluarga pergi bercuti di sana selama 3 hari tapi aku rasa macam lama duduk sana , sebab macam macam aktiviti aku dengan family aku buat . Aku tak akan lupakan kenangan manis tu sampai bila bila :'D . Aku akan ceritakan serba sedikit kisah percutian aku di sabah , fuhh excited gila sebab aku baru first time jejak kaki kat sabah walaupun dah hidup 17tahun setengah HAHAHA ! Sarawak je yang belum aku jejak lagi , may be lain kali pulak ke . 

5 febuari 2012 aku dan keluarga bangun seawal pukul 4pagi dan bersiap siap untuk ke KL sentral dan menuju ke KLIA kerana penerbangan kami pukul 7.30 pagi . Pukul 5 lebih macam tu kami duduk dulu sambil menunggu KLIA express tiba dan tangkap tangkap gambar dengan family aku . 





Itulah family saya yang saya sayang sangat sangat . Dan kami pun berjalanlah ke bawah tanah untuk menaiki KLIA express tu . Dalam train tu pun kami sempat jugaklah bergambar and aku dan adik adik aku langsung tak rasa mengantuk sebab time tu excited sangat sebab nak pergi berjalan jauh . :D








Time ni muka kami masih lagi putih dan suci . Yelah sebab tak kena lagi panas yang terik kat sabah tu . Aku gelap sikit time ni sebab sebelum ni aku banyak pergi berenang , kat sunway la , laut kat kampung aku la , lost world kat ipoh la , mmg bnyk la . Hahaha , gelap sikit je tak banyak . :P #perasan . Lepas 28minit kami pun sampailah ke KLIA . Jam baru menunjukkan pukul 6.15 pagi , so kami sekeluarga jalan jalan dulu kat dalam KLIA tu and makan sebelum nak check in . 








Alhamdulillah kami kekenyangan walaupun makanan kat sini mahal nak mampus . Hahaha . So dah tiba masanya untuk kami check in dan masuk ke dalam flight . Aku kena raba dengan akak polis , hahaha . Kena check sebenarnya satu badan , yela takut aku bawak masuk benda yang haram di bawa masuk . So semuanya selesai dan sekali lagi aku excited masuk kedalam flight sebab first time naik kapal terbang . Hensem gila pramugara dia Haha . Nasib baik aku ada NIK FAREZAN SHAH :') (Ohh saya rindu dia sangat sangat !) . 












Aku mengaku aku mmg mabuk time ni sebab aku mmg tak boleh naik tinggi tinggi ni . Aku tahan dan tahan sampai rasa nak termuntah .Seksa betul naik kapal terbang ni . Bila kapal terbang dah stabil isyarat tali pinggang keledar dipadamkan . So kami dihidangkan makanan , aku pilih nasi goreng dan air coke . Makan sampai lebam !




Takdelah sedap mana , tapi bolehlah . Asalkan kenyang . Flight kami mengambil masa 2 jam 30 minit untuk sampai ke Sabah . Dalam tu aku memang betul betu menghayati keindahan di atas awan yang sangat menarik . Subhanallah :) Dan kami pun tibalah di KKIA . Didepan pintu utama tu ada orang menunggu ketibaan kami , Kawan mak aku . Dia sewakan kereta kepada kami supaya senang lah nak jalan sana sini . Lepas tu kami terus pergi ke pasar philipin . Aku pun tak tahu nama pasar tu mcm tu . Ibu aku yang cakap . So abah aku pun sempat bersantai minum air kelapa dgn adik aku afif . 












Asal ? adik bongsu aku lagi besar dari adik no 2 aku ? Hahaha , pelik kan ? Adik aku yang laki tu sakit lah . So tumbesaran dia terbantut sekejap . Tak lama lagi tinggilah tu . Hahaha . Hari pertama kami hanya sewa apartment kat kota kinabalu tu . Masa nak check in tu akak yg bagi sewa tu cakap kena tunggu pukul 12 , tapi time ni baru pukul 10 . So kami pun bergeraklah ke kota belud dan jambatan tamparuli . Kat pasar tamu ni aku just beli kuih dan air mineral . Sebab pasarnya sudah nak tutup . Itu je yang sempat aku shopping . Dalam perjalanan tu adik aku mmg betul betul tak senonoh . Hahaha . penat sangat lettewww !































Lepas pergi jambatan tamparuli tu kami terus balik ke KK balik , tapi tiba tiba aku terperasan ada satu rumah terbalik , terkejut aku . Rupanya dia buat tempat tu macam lawatan untuk pelancong . Serius pelik , HAHA !










Okay dah , situ je . Then kami pun check in lah . Serius kami penat dan lapar . Aku , adik adik aku , ibu aku tidur dengan selesanya dalam bilik . Sedar sedar je bapak aku kejut dah pukul 7malam . Tapi 7malam dia macam pukul 10 malam . gelap gila . hahaha . 



Nampak tak kepenatan kami disitu . Hahhaha . Masa abah aku kejut dia cakap cepat siap nak pergi makan . aku pun siap lah and pakai lawa lawa wangi wangi . Rupanya makan kat depat appartment  tu je . Nama restoran tu OCEAN tak silap aku . Lupa . nampak restoran tu macam kedai cina , tapi halal ye . Jangan risau . Korang kena makan kat restoran ni , memang sedap gila . serius aku tak tipu . 





Ini je yang kiteorang makan . Tak boleh order banyak banyak . Nanti tak habis . Tapi makan yang ni pun aku rasa kenyang gila , sebab udang dia besar besar . Sedap ! Fresh ! Then lepas makan , kami pergi jalan jalan kat pasar malam yang berada di depan hotel Le Meridien . Macam macam barang dijual kat sana . Aku pun rambang mata nak beli . So aku pun shopping la sampai puas . 












Lepas dah puas berjalan sana sini , kami pun pulanglah ke tempat kediaman kami . Tidur sampai berdengkur satu rumah . Sejuk gila rumah tu . Sampai satu malam tu aku ulang alik g toilet nak kencing je keje . Esoknya kami bangun pukul 6.30 pagi and check out dari appartment tu . And terus ke destinasi seterusnya . Ibu aku bawak kiteorang pergi ke pulau yang amat amat terkenal kat Kota kinabalu . Pulau tu ada 3 . Kami pergi ke 3-3 pulau tu dalam satu hari . Ibu aku sewa satu bot untuk family kiteorang je . Bestttttt ! 











Kami menikmati keindahan suasana laut di Kota Kinabalu . Cantik woah ! tapi ada lagi cantik . nak tahu ? nanti aku upload kan . Korang kena pergi tempat yang aku pergi ni . Mesti korang rasa puas hati , tenang , ceria je sepanjang hari . Macam aku . So tibalah di pulau yang pertama Pulau Sapi , kemudian Pulau Manukan dan ketiga Pulau mamutik . Meh tengok gambar meh .


Ini pulau yang pertama , nampak tak punya semangat nya kami dengan life jacket bagai . Hahaha , time ni nak pergi seawalking kat tengah tengah laut . Jangan takut ye . Kat sini takde jerung ataupun naga . Kena cuba , baru lah rasa adventure . Tapi jangan terkejut lah kalau tengok harga dia . Tapi apa salahnya cuba kan ? 
















Okay , cerita pulau pertama dah habis , sekarang aku akan ceritakan pulau yang ke dua pulak . Pulau Manukan . Pulau ni family aku singgah makan je kat sana . Sebab time ni dah tengahari , panas gila . Tapi lepas makan aku dgn adik adik aku berenang gak kat pulau tu HAHA , sebab tulah kami hitam . Best snorkeling kat sini , tapi tak bnyk sangat ikan mcm kat pulau pertama dgn ketiga . okay meh tengok gambar .































Cantik kan suasana kat sini ? Sebelum kita ke pulau yang ke tiga , aku nak cerita sikit pasal adik aku yang perempuan tu , hahahaha . korang tengok gambar ni ek .


Aku dah besarkan gambar ni and korang perhatikan adik aku yang perempuan tu . Apa korang nampak ? Atas darat pun bernafas pakai mulut --'' . Okay , lepas dah puas menikmati keindahan pulau ke dua , kami pun beredarlah ke pulau yang ke tiga pulak . ^^V !















Time ni tak banyak sangat gambar , sebab masing masing sibuk snorkeling . Ini pun jadi lah kan . Alhamdulillah kami selamat pulang ke daratan selepas pukul 4 petang . Masing masing muka kuyu . Penat tak terkata . Tapi tapi tapi ! kiteorang bukan balik terus tidur okay , kiteorang bergerak pula ke gunung kinabalu untuk lihat gunung kat situ . Tapi dapat tengok sekejap je , sebab kabus terus terusan menyelubungi puncak gunung tu . So agak rumit untuk melihatnya . Yang penting suasana kat situ sejuk bukan main . Aku rasa dah macam kat LON DON . Dalam kegigilan menahan sejuk di situ , kami sempat jugak bergambar bersama gunung kat situ . OH OH ! sebelum tu korang tengok ni


Nampak tak kebelangan yang telah terjadi di kaki ku ? Itu belum muka aku lagi . Mengelupas macam kulit ular dah . Takpe ... asalkan enjoy ! Okay boleh teruskan tengok gambar kami sekeluarga di gunung kinabalu .




Sorry lah kawan kawan , agak kabur gambar gunung tu . Tapi takpelah . So kami meneruskan perjalanan kami ke Hot spring Sutera Habour resort dekat ranau kot tak silap aku . Tidur di situ satu malam . Perut time ni memang dah macam suara harimau menjerit . Ya Allah , lapar gila . Nampak kfc tepi jalan , beli ayam pastu makan dalam bilik kat hotel . nyum nyum ! Lepas dah makan makan semua , kami tukar pakai baju mandi . Ingat nak rendam dalam air panas lama lama . Pergilah jalan dalam gelap sebab jalan nak pergi ke kolam tu tak pasang lampu . Kami tak sure lah kolam tu tutup ataupun bukak . Sebab akak keje kat situ cakap hot spring tu 24 hours . Kami pun jalan jela sampai kolam tu . Haaaaa ! amik kau gelap gelita , tapi nampak la jugak sikit sikit . Aku tak jadi nak berendam , sebab takut --'' .Dalam 15 minit macam tu kiteorang balik lah balik ke bilik . Tunggu esok jela nak mandi pun .  Sebelum kami nak mandi esok tu , pukul 6 pagi kami dah bangun sebab ibu aku nak bawak pergi tengok gunung lagi . Ibu aku cakap boleh nampak gunung tu FULL ! yeke ? tengok jela ... Hahaha .


















Itu je yang sempat aku nak upload . Sebenarnya banyak lagi . Tapi aku ambik mana yang paling best jelah okay . Internet pun macam siput tak cukup vitamin . Okay dah . Lepas dah habis tengok gunung , kami pun pulang lah ke resort dan mandi manda di hot spring dan kolam yang tak panas , i mean kolam biasa laaaa . Tapi kolam ni takde klorin . Air dia datang dari bukit . Sejuk je mandi . dan boleh diminum . Perut aku kembung minum air tu . Bukan minum kattempat ramai ramai mandi tu , tapi ade tempat saluran dia keluar . Jangan salah faham , aku bukan pengotor . Okaylah , korang tengok jelah gambar nya okay . 














Memang tak puas mandi aku cakap . Tapi ibu aku dah marah , sepatutnya kami check out pukul 12 . Tapi dah lambat . So ibu aku pun bising lah dia . Hehehe . So , dalam perjalanan nak pulang balik ke Kota Kinabalu , kami singgah ke kaki gunung kinabalu . Tapi sayang , waktu sangat lah petang dan cuaca pun sejuk semacam . Tapi kiteorang tetap jugak terjah walaupun bayang kaki gunung pun tak nampak . Check this out lah okay 


















Sporting kan mereka ? sebab tu saya sayang mereka :) muehehehehe ! So kami pun pulang ke Kota Kinabalu dan menginap di Le Meridien . Time sampai ni sumpah penat dan hanya dapat tangkap beberapa gambar sahaja di depan cermin tingkap bilik tu . Keesokan harinya kami dah nak balik ke Kuala Lumpur . Tidur sampai tak sedarkan diri . Selesa yang penting . 




Itulah kesudahan percutian kami ke Sabah . Sampai ke airport terus pulang ke Rumah ku Syurgaku . Ohh , saya ada edit video percutian kami ni . Nantikan video ini akan datang . Tunggu !

P/S : Saya Nur Alifah Ilyana Binti Roslan dan adik adik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa kami sebab dah bawak ke tempat yang kami tak pernah sangka akan sampai . Terima kasih Ibu dan Abah :) Much Love <3 Muaaahh !

video percutian ke SABAH :)