anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, 30 May 2013

Jahilnya aku

Assalamualaikum :)


Aku bukanlah seorang wanita yang sempurna . Tapi setiap masa dan hari hari yang aku lalui , aku tak berhenti berdoa pada Allah supaya aku diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup aku dengan keadaan diri sentiasa bersedia. Aku dicipta bukanlah untuk berterusan membuat dosa tanpa batasan , tapi aku dicipta untuk sentiasa beribadat kepada tuhan yang satu , ALLAH S.W.T . Tapi aku hanyalah manusia biasa , dosa tu tak pernah lari dari diri aku. Sentiasa alpa dengan duniawi. Aku bukanlah hamba Allah yang sempurna. Tapi setiap masa aku berdoa supaya aku di beri lindungan dari melakukan dosa. 

Ketika dulu aku sangatlah jahil . Tak pernah sedar yang dosa dah terlalu banyak menimpa aku. Tapi aku masih tak takut untuk teruskan dengan membuang masa aku dengan benda yang sia sia.  MashaAllah , Allah saja tahu betapa teruknya aku ketika tu. Mungkin aku tak matang lagi . Mungkin aku tak diberikan didikan agama yang kuat . Tapi aku tak pernah salahkan kedua ibu abah aku . Mereka dah sedaya upaya hantarkan aku ke sekolah agama, hantar aku mengaji . Tapi mungkin benda tu semua belum cukup untuk aku tahu mana yang baik atau buruk. Sekarang umur aku sudah hampir mencecah 19 tahun. Sedikit demi sedikit aku sedar bahawa hidup ni bukanlah seperti apa yang aku bayangkan. Dunia bukan syurga lagi. Dunia hanya sementara. Banyak benda yang aku belum tahu pasal syurga dan neraka. Macam mana aku boleh berubah ? sangat panjang cerita dia . Bismillah ..

Sebenarnya aku ni seorang yang jenis suka memerhatikan orang . Mungkin sebab itu juga aku sering terikut ikut dengan perangai bukan bukan . Masa aku berumur tingkatan 1 2 dan 3 , aku tak pernah ada kawan perempuan melainkan wawa. Bukan takde langsung, ada tu ada la , tapi tak serapat mcm aku berkawan dengan lelaki. Masa tu aku benci sangat nak berkawan dengan perempuan. Sebab ape? sebab tahulah kan perangai perempuan ni mcm mana ? suka menggedik, suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang. Macam aku ni , aku mmg jenis kasar . Mmg suka bergaul dengan budak lelaki. Lepak pun dengan lelaki . Dulu aku suka keluar rumah waktu malam senyap senyap. Suka curi duit mak ayah aku . Suka bergaduh dengan org. ponteng sekolah, em dalam seminggu tu ada la 2 hari je aku datang sekolah. Cara pemakaian aku pun kurang sopan. mendedah aurat aku pada lelaki dengan selamber nye. Ya, itu lah aku ketika dulu . Banyak benda jahat aku buat sampai orang orang kat rumah lama aku semua pandang serong kat aku. Bukan aku saje, tapi mak ayah aku pun terkena tempias skali. Dan mungkin sebab itu jugaklah mak ayah aku ambik keputusan untuk pindah dari tempat tu . Sebab tu lah aku duduk cheras ni haa. Bukan tu je sebab aku berpindah. Ada jugak sebab lain, sebab untuk aku jauh dari seorang lelaki ni. Mungkin sbb dia lah aku teruk mcm tu .

Masa aku tingkatan 4 dan 5, aku totally berubah jadi pendiam. Aku masuk sekolah baru dengan wajah muka aku yang blur . Sebab tu la ramai tak nak kawan aku . Sampailah satu masa aku kenal dengan Dana , Siraj dgn Shena. Pada aku diorang lah kawan perempuan aku yang aku boleh terima. Aku perhatikan sikap dorang seorang yang gila gila. Mungkin sebab tu lah aku selesa berkawan dgn diorang . Lepastu aku kawan dengan ani mazliya. mgkin dia ni bff aku . kawan rapat aku yg selalu teman aku pergi mana mana je. Start dari situ lah aku berubah jadi lebih baik. Alhamdulillah. Tapi aku belum lagi terfikir nak tutup aurat masa tu. Aku mula belajar menerima kawan perempuan sampailah aku biasa . 

Aku mula menutup aurat masa aku start masuk kolej . Sem yang kedua aku ada terbaca kisah nabi . Aku mula minat untuk mengetahui sikit demi sikit tentang agama . Ada satu cerita , tentang nabi apa aku tak pasti, Ishak aku rasa, yang dia diuji pelbagai dugaan oleh Allah , diganggu syaitan, tapi dia masih tetap bersujud pada Allah . Panjang cerita dia, aku tersentuh sangat. Air mata aku pun mula la jatuh . Ya Allah , masa tu baru la aku sedar, apa yang aku dah buat selama ni? Kenapa jahat sangat aku ? Mungkin Allah dah buka hati aku untuk berubah . Ya masa tu lah aku mula pakai tudung. Tapi belum cukup sempurna lagi aku ni. Biasalah , solat tu kadang kadang tinggal . Aku tak tahu lah kenapa, mungkin syaitan kan ? sikit sikit . InsyaAllah aku akan cuba lagi jadi lebih baik . 

ok lah . ini jela yang dapat aku cerita . Terimalah kekurangan aku . Kelebihan tu semua datang dari Allah . Alhamdulillah aku masih diberi peluang untuk menikmati dunia ni dan beribadat secukupnya . Sentiasa senyum sbb itu satu sedekah , bye. Assalamualaikum

Wednesday, 29 May 2013

For you. For them. For me. For all.

Bismillah..
Assalamualaikum..

Apa apa pun saya nak ucapkan apa khabar semua kawan kawan ? Yelah, lama jugaklah tak update pape kat blog ni. eh lama betul rasanya. Tangan ni pun sebenarnya dah menggigil gigil nak cerita macam macam. *tiup habuk

Alhamdulillah , sekarang tengah final untuk semesta dua.. lusa paper killer punya. Microeconomics. Ya . Haha ini tak lawak k. Tu lah sebok memanjang kat kolej tu. Mana ada masa aku nak bukak bukak blog ni. Meh la nak dengar cite ceq . Nak cerita pasai ape yg jadik petang tadi .

Ehem ehem. Sedang saya sibuk memasak didapur bersama kawan saya, tetiba saya dapat satu panggilan telefon dari IPD Kajang . Masa mula mula aku dengar dia cakap dia dari IPD Kajang, aku punya la ingat aku ada buat kes ke hape ke, rupa rupanya aku dapat tawaran masuk konstebel polis. Dan pada masa tu aku punya perasaan bercampur baur. Bercampur mcm mana? Campur sedih campur gembira. Ahh confuse kau tahu. Nak ke tak? Lepastu aku terus call mak aku dan sampaikan berita ni. Ape reaksi mak aku? ape lagi ? Gembira kemain. Sebab dia la aku apply polis ni . Katanya ini la masanya aku berdikari . Nanti ada kerja tetap boleh beli ape aku nak la itu la ini la. okay, aku faham. Aku pun bagi la tahu afeeqa kawan aku, dia cakap okayylaa tu dapat polis. Lepastu dia cakap habis mcm mana dengan belajar aku? Hm itulah masalahnya. Rasa sia sia jugaklah aku belajar selama ni kalau aku berhenti mcm tu je. Eh jap jap. Chillex la dulu yana . kau baru dapat tawaran, bukan kau tahu layak lagi ke belum. Hahaha over kau nyah. Aku kena pergi IPD kajang untuk latihan fizikal . Hmm .

Rupa rupanya, naeim dah tahu dulu dari aku. Dia dah tahu yg aku dapat polis. How dare u naeim tak ckp pape kat i, u diam je kan ? mcm mana dia tahu dulu? masa aku apply tu , dlm borang tu aku taip no lama aku yg naeim pakai skrg, so sbb tu la dia tahu dulu. Alooo bie ni. haihhhh.  Cara dia aku tengok mcm tak redha je aku masuk polis, tp dia kata dia okay je. Asalkan aku happy. Tapi tadi jumpa dia, hati aku sayu je tengok dia. Rasa mcm tak sanggup ahhhhh >_< sumpah !! eee tak sanggup nak jauh dari bie :'( Petang td pun rasa sedih je semacam. Pastu dia ada cakap, "nanti kalau bie cuti kerja, mesti rindu, sbb dah terbiasa jumpa bby kalau ada masa free" rileks bie. I baru nak g latihan fizikal dooo . haha

Entah kenapa aku rasa nak berubah . Rasa nak jaga dia baik baik. Nak happykan dia. Nak habiskan masa dengan dia. Nak tatap muka dia hari hari. Tak nak bergaduh dah :'( TAK NAK !! Nak buat dia gelak je. hm. Tolongla yana kau jangan cepat marah marah. 

Ohh btw, Today dah 11 month for our anniversary kan bie? nak belanja mcd kan ? sbb you lupa tadi kan ? okay ... I tunggu . hehe :D So itu jelah . Nanti kalau ade pape lagi sy cerita kat sini ok . byeeeeeeee !